Al Hikam Al Ataiyyah - Ibn Athaillah

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang menzahirkan setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang terzahir dengan setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang terzahir di dalam setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang terzahir bagi setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah Yang Maha Zahir sebelum wujud setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang terlebih zahir daripada setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah Yang Satu (yakni Yang Maha Esa) yang tiada bersertaNya sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan Dialah yang lebih dekat kepadamu daripada setiap sesuatu?

Bagaimanakah boleh dibayangkan bahawa ada sesuatu yang menghijabkanNya sedangkan jika bukanlah keranaNya, tiadalah akan wujud setiap sesuatu?

Alangkah menakjubkan bagaimana kewujudan boleh terzahir di dalam ketidakwujudan (‘adam), atau bagaimanakah boleh menjadi masih tetap al-hadith (benda yang baharu yakni makhluk) bersama Dia yang memiliki sifat qidam (yakni tiada bagiNya permulaan).